Senarai
Tugas Ketua Bidang
·
Bertanggungjawab dalam hal kurikulum
dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
·
Bertanggungjawab kepada Pengetua
dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya
terutama persatuan akademik.
·
Membantu Pengetua menyelia dan
menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan
bidangnya.
·
Mengadakan program untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
·
Membantu Pengetua dalam semua aspek
perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.
·
Membantu Pengetua menyelaras dalam
hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,dengan pihak luar seperti pemeriksaan
sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/
maktab / univesiti dan seumpamanya.
·
Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu
seminggu.
Kurikulum
·
Memimpin guru menentukan dan
merancang Rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan dan lain-lain yang berkaitan
dengan bidangnya.
·
Mempengerusikan mensyuarat atau
memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.
·
Menjalankan penyeliaan ke atas
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
·
Membimbing guru terlatih , guru yang
baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
·
Menentukan bahan dan sumber
pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan.
·
Mengkaji segala jenis laporan yang
berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya
·
Menyelaras pengurusan dan perjalanan
aktiviti- aktiviti bimbingan , pemulihan, dan pengkayaan.
·
Membantu dalam perancangan program
dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah , Jabatan
Pelajaran dan Kementerian Pelajaran.
·
Membantu dalam pemilihan buku Teks,
bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.
·
Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum
sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan oleh Pengetua.
·
Membantu menjalankan kursua ,
taklimat , penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan
staf.
·
Memperoleh dan menyebar maklumat
terbaru mengenaai pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada guru.
·
Menjalankan usaha untuk
mempertingkatkan dan memperluaskan amalan –amalan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu merentas kurikulum.
·
Mengenalpasti masalah kelemahan
pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya.
Kokurikulum
·
Merancang , menyelaras dan
melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat
membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.
·
Merancang , mengawal dan menyelaras
segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.
Pengurusan
·
Membantu menentukan serta menagihkan
tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.
·
Membantu menyelaras hal ehwal
peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru.
·
Membantu menyelenggara dan menyelaras
kutipan data maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan
bidangnya.
·
Membantu merancang takwim sekolah .
·
Menyelia kerja –kerja guru di bawah
bidang kawalannya.
·
Menyediakan anggaran belanjawan
tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.
·
Membantu menyelaras penyediaan
Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
·
Menjaga dan menyemak stok dan
inventori segala peralatan , barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
·
Menentukan aspek –aspek menyampaian
nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah dan sekolah.
·
Menentukan pelajar dilatih
melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya.
·
Menyelia kerja-kerja kursus pelajar,
mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM)
sebagaimana yang dirancang.
Tugas –tugas lain
·
Berhubung dengan Jabatan Pelajaran
dan Kementerian Pelajaran tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh
didapati untuk membantu sekolah dan guru.
·
Berhubung dengan guru kanan mata
pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan
sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.
·
Melengkapkan bilik pergerakan sekolah
dengan data atau maklumat mengenai semua pelajaran dan menggunakannya dengan
berkesan dan berhasil .
·
Membantu merancang dan menyelia
program keceriaan dan kebersihan sekolah.
·
Membantu Pengetua menyelia dalam
hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan , penyediaan jadual waktu sekolah dan
urusan Pusat Sumber.
·
Melaksana segala arahan dan tugasan
yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.